Saturday, July 2, 2011

Biarkan Kita Terpisah. Intro




Shauqi menghempaskan badannya di atas katil.
"Aduh.....bosannya lah, stress gile weyyh!" rungutnya seorang diri.

"Tadi datang senam pagi lambat, Abang Haris suruh duduk separuh.
Pastu tak cukup sign L/O, duduk separuh lagi. Nanti malam lagik, aduyai..
Abang Nizzal, tak habis-habis dengan 'sesi disiplin' dia lagik. Mati aku, mati aku!"
sambungnya. Merungut dengan tekanan sepanjang Minggu Aluan Pelajar Asasi (MAP).

Mungkin ini kali pertama, menjejakkan kaki ke menara gading.
Tekanannya tak sama seperti di sekolah. Semakin tough, sabar itu keperluan.

Faris memerhatikan rakannya yang baru pulang ke bilik itu.

"Relax la bro, ni baru starting eh. All is well. Hehehe!" anak muda berasal dari Sibu itu bersuara.

Terlentang. Dua sahabat itu masing-masing pandang ke siling, meramal apa yang bakal berlaku nanti.

Semasa MAP.

Shauqi pada awalnya kelihatan tenang semasa sesi pendaftaran, tapi di pertengahan
berasap juga kepalanya.

Lagi-lagi, dengan kehadiran seorang perempuan yang selalu bikin hidupnya kacau.

Serabut.

.....................................................................................

TAARUF

Sesi senam pagi, sekali lagi Shauqi terlambat. Didenda duduk separuh, seperti semalam.
Kulitnya mukanya terasa tebal. Mungkin dia perlu menebalkannya beberapa inci kali ini.


Bertemankan teman sebilik, dikongsi rasa malu itu bersama-sama.

Selesai bebelan dari Ketua Fasilitator, masing-masing masuk ke dalam grup.

Grup 14, ahlinya semua duduk dalam bulatan, dipantau oleh Kak Natasha.
Duduklah Shauqi sambil mempamerkan muka lesu dan tak bermaya. Tension.

"Shauqi, awak ok ke?" tegur Kak Natasha.

"Ok." jawab Shauqi atau Qi, mahu tak mahu.

"Refreshment!" jerit Kak Natasha tiba-tiba.

"Aduh! Sikit-sikit refreshment...Esh!" dengus Qi dalam hati.
Dirasakan refreshment itu sebagai 'senaman bodoh' untuk
budak hingusan.

"Ketupat..ketupat...kuah kacang..ketupat....kuih dodol, kuih dodol!"

Sesi taaruf kini berjalan. Ahli Grup 14 memperkenalkan diri, seorang demi seorang.

Kini tiba giliran Nurul Ainul Mardhiah, gadis berkulit putih melepak. Salam diberi pembuka madah.

"Nama saya Nurul Ainul Mardhiah, boleh panggil saya Nurul. Anak jati Kedah Darul Aman.
Bersekolah di Sekolah Menengah Agama Perempuan Tunku Taayah, Perak. Hobi saya membaca buku, berpidato, berbahas dan blogging. Saya pernah menyandang jawatan Ketua Pelajar, dan sangat aktif dalam bidang kepimpinan dan pengucapan awam. Pernah mewakili Malaysia sebagai Duta Pelajar untuk Persidangan Kebitaraan Pelajaran dan Sosial Pelajar di Vancouver, Kanada. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pediatrician, dan mahu menubuhkan yayasan kebajikan saya sendiri. Sekian."

Kak Natasha dan ahli grup 14, tercengang, semuanya kagum benar dengan Nurul. Dahsyat.
Petah, bervisi, yakin dan berkepimpinan, layak untuknya menjadi seorang yang berpengaruh. Antara wajah yang diharapkan untuk memegang posisi dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (JPPU) nanti.

Namun begitu, Qi terus berwajah slumber.
Tak ada sekelumit kagum pun terukir di wajahnya.
"Menyampah adalah."

"Saya Shauqi Kazim. Asal, Pahang. Hobi, takdak hobi. Sekolah di sekolah biasa-biasa jer. Erm..yang lain tak perlu tahu kot. Saya tak hebat sangat.." Shauqi perkenalkan dirinya.

Ringkas, tapi mencuti hati. Seolah-olah mahu mengenakan Nurul.
Nurul dengan bingkas menunjukkan ekspressi marah. Namun, dia pendam.

"Oooo, main kasar ye..budak selekeh." respon hati Nurul. Api kemarahan menyala marak. Namun, dia pendam.

Bagi Qi, biarlah si gadis bertudung labuh itu merasa terkena di batang hidung sendiri, maklumlah Nurul pernah menyindirnya semasa sesi pendaftaran.

Qi cukup marah dengan sindiran itu.

"Perang baru nak mula.." bisik Qi, sendiri-sendiri dalam hati.

.....................................................................................

BARU SEDAR
Pengumuman mengenai audition Kak Sonia malam semalam benar-benar menarik minat Qi.
Menurut Kak Sonia, sesiapa sahaja yang berjaya melepasi saringan audition, mereka akan berpeluang untuk membuat persembahan pada malam penutup MAP nanti.

Pengumuman ringkas yang membuatkan Qi mengelamun.

Qi terasa terpanggil. Dia ingin mempamerkan bakatnya. Gitar pemberian arwah bapanya,
Dr. Kazim Fateh dikeluarkan daripada beg. Fender, jenama gitar itu.

Dipetik satu persatu chord, sambil vokalnya dilontar.
Lagu Aishiteru dendangan Zivilia Band dinyanyikan.

Tergamam Faris, tidak sangka, teman sebiliknya punya suara lunak.
Serak basah persis Faizal Tahir. Memang sedap.

"Pergh." perkataan yang keluar dari mulut Faris.


....................................................

AUDITION

Waktu audition tiba, sabar Qi menanti giliran.
Sekarang, giliran Siddiq and The Band memperdengarkan lagu Linkin Park. Rakan-rakan di bawah pentas teruja dengan persembahan itu.

Memang berbakat, walaupun kelihatan agak gila-gila.

Para juri ujibakat turut terhibur dengan persembahan itu.

Usai persembahan rock itu, Qi naik ke atas pentas, berbekalkan gitar akustik Fender pemberian arwah ayahnya.
Yakin dia menapak langkah. Seperti sudah biasa di atas pentas,


seperti artis.

Duduk di atas bangku bar.
Dia memulakan persembahan. Jarinya memetik chord-chord gitar.



Dialunkan bersama vokal.

"..walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru..
"

Satu dewan senyap, terpaku. Terpesona dengan vokal persis Faizal Tahir itu.
Ada beberapa rangkap yang diubah 'note' supaya lebih menarik.

Pelajar perempuan asyik mendengar, jatuh hati.

Tak kurang pula pelajar lelaki, kagum dengan vokal mantap milik
seorang budak yang nampak biasa-biasa sahaja.

Penampilan Qi memang selekeh dari awal pendaftaran MAP.


Sehinggakan dia pernah ditegur oleh Ketua Fasilitator kerana berambut panjang. Namun, dia hanya 'trim' sedikit.


Bahkan, dia juga disindir oleh Nurul kerana penampilannya yang terlalu selekeh semasa sesi pendaftaran.

Hanya berpakaian t-shirt kolar bulat, seluar jean, menyarung sepasang 'flip-flop' dan berambut panjang.

Tapi,

Siapa sangka dia punya bakat terpendam sebegitu?

Antaranya yang bersungguh menyaksikan persembahan itu, Nurul.

Terdetik pula rasa kagum dengan Qi. Nurul mula rasa bersalah dengan perbuatannya menyindir Qi tempoh hari.
Qi memang nampak selekeh, tetapi mungkin ada sebabnya dia berbuat demikian.

"Wahai orang- orang yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina..."
(Surah Al Hujurat; ayat 11)

Ada yang sesuatu yang baik tersirat dalam diri Qi. Setiap manusia itu ada kebaikan dalam diri masing-masing. Salah kiranya kita menilai dan memandang hina seseorang, kerana analisis kita
dari segi penampilannya sahaja.


Nurul berasa malu dengan perbuatannya, dia bersalah. Dia muhasabah diri sedang kawan-kawan yang lain masih khusyuk menyaksikan persembahan Qi.

Usai sesi audition, dia berhajat mahu ketemu Qi, ingin memohon maaf atas kekhilafannya.

Dia segera menegur Qi dari belakang. Di luar dewan UNIMAS.

"Assalamualaikum, awak. Saya nak cakap something.." Nurul berkata.

Namun, belum sempat Nurul menghabiskan kata-katanya, Qi memintas.

"Aku pun ada benda nak cakap dekat kau. Kau memang bagus, kau ada banyak bakat.
Berbahas, berdebat. Wakil negaralah, pergi konferens lah, apalah, inilah. Kau memang ada banyak kelebihan. Serius." ujar Qi, dengan mukanya merah padam.

"Tapi, kau kurang satu benda jer..." sambung Qi.

"Apa dia.." Nurul mengeluarkan kata-kata. Air matanya diseka, panahan ayat Qi tertusuk di hati. Menyakitkan. Salamnya masih tak terjawab.







"Kau kurang AJAR!. Nak aku ulang lagi sekali tak? Kau kurang AJAR!."
Qi tengking, dan terus pergi meninggalkan Nurul.

Nurul terkedu.

Gadis yang dulunya terkenal dengan sikap tegas dan tegar di sekolah,
akhirnya berlinangan air mata.

Bersambung.
*klik--> http://keranahati.blogspot.com/2011/07/biarkan-kita-terpisah-finale.html

8 comments:

  1. ahahak, mabruk, gua tunggu part 2 :D

    ReplyDelete
  2. kisah benarkah ?tapi beshh ouhh citernyaaa.part 2?

    ReplyDelete
  3. ni btol2 ke olok2 ni? ;P

    ReplyDelete
  4. waaaa..beshnye aris.. hebat hebat.. boleh buat novel ni dapat banyak royalty..hehehe:)

    ReplyDelete
  5. luq: agak2 nye btul ke tak ..hahaha

    ReplyDelete
  6. faiza: skadar pnulis biasa jer. :)

    ReplyDelete
  7. memori MAP terimbau kembali.

    bila baca ni, senyum jeee. walaupun diolah, tp ada kenangan dalam ayat2 .

    thanks again abg2 kakak2 semua. korang the best.

    :)

    ReplyDelete

Penyokong Blog ini, saya sayang kalian