Friday, May 27, 2011

Istimewa



25 Mei 2011

Daun pintu Surau Al Muttaqin dibuka. Suis lampu dan kipas dibuka, surau terang bersedia meyambut tetamu Subuh.
"Hrm..mana Firdaus ni?" soal Hafiz dalam hati. Tanda tanya timbul dalam diri, seperti ada sesuatu yang terjadi-
luar daripada kebiasaan.




Menuju ke bilik muazzin. Kemudian, azan subuh berkumandang. Suara muazzin muda yang lantang itu memecahkan
hening subuh. Menyeru jemaah sekitar untuk solat bersama. Syiar islam yang sehingga kini masih dikumandangkan, sama
seperti zaman Rasulullah S.A.W. Sahabat baginda Bilal bin Rabah R.A, salah seorang muazzin baginda ketika itu.

"Allahuakbar....allahuakbar.."

Usai azan dan solat rawatib subuh, Hafiz tercari-cari Firdaus. Ke mana agaknya pergi insan tersebut.



 

..........................................................................................................................
22 Januari 2010
"Dush!!" satu tumbukan padu hinggap di pipi Firdaus, sakit tak terhingga.
Dia tak mampu bersuara apatahlagi menjerit, lehernya dicekik oleh salah seorang budak lelaki. Pembuli.

Selepas itu, beberapa tumbukan dan sepakan dilepaskan oleh sekumpulan budak nakal kepadanya.
Firdaus hanya mampu mengerang kesakitan. Apalah dosanya. Apalah salah yang dia telah buat.

"Woi!" jerit Hafiz dari jauh. Dia berlari mendapatkan Firdaus. Tak lama, semua budak nakal itu lari bertempiaran.
Alhamdulillah, nasib baik Hafiz ternampaknya dalam perjalanan ke suaru.


Langkah seribu.

 

Lantas, Hafiz membawanya ke klinik berhampiran. Dalam perjalanan, diajarkannya Firdaus selawat syifa. Semoga Allah menyembuhkan
luka dan kesakitan itu. Kereta dipandu Hafiz kini tiba di klinik. Dibawanya Fir ketemu doktor.

Kasihan, anak yang berumur 12 tahun itu sering menjadi mangsa buli kawan-kawannya di Taman Perumahan Pine Heights. Mengidap minor muscular dystrophy,
Firdaus atau Fir tak mampu untuk berjalan dan bergerak seperti kanak-kanak lelaki yang sihat. Beberapa anggota badan seperti tangan dan kaki tak boleh digerakkan sepenuhnya.
Dia juga tak mampu bertutur secara normal. Minor syndrome down, dia punya penyakit itu .

Gagap.

Tetapi anak itu juga punya perasaan. Untuk dilayan dan dikasihi seperti manusia normal lain yang sihat. Buktinya, pipi dibasahi dengan air mata.
Fir menangis mengenangkan nasibnya. Selalu dipukul. Ibu bapanya sangat sibuk dengan kerja, tambahan bapanya seorang CEO syarikat terkemuka.

Ibunya pula seorang ahli perniagaan syarikat kosmetik, tidak lekat di rumah, selalu saja out station.

Jarang benar Hafiz melihat kelibat ibubapa Fir.

Mungkin sekali dalam sebulan,
jika ditakdirkan.

"Adik Fir perlukan perhatian." Bisik hati kecil Hafiz sambil menunggu giliran di dalam klinik.

Fir tertidur di riba Hafiz sambil menanti namanya dipanggil. Penat disakiti oleh pembuli.

"Tabahlah Fir." Bisik hati Hafiz lagi.

..................................................................................................................................


 

23 Januari 2010
Biasanya Hafiz sahaja yang hadir ke surau, sendiri. Tapi kali ini, dia berteman.

Fir menemaninya. Walaupun, langkah Fir terhoyong-hayang kerana penyakit minor muscular dystrophy yang alaminya.
Dia tetap berusaha untuk ke surau. Tersenyum Hafiz melihat kecekalan jiwa anak muda itu yang digerakkan dengan dorongan iman
untuk solat Zohor berjemaah.

Alhamdulillah.

Usai solat Zohor yang diimamkan oleh Hafiz, tiba-tiba datang Fir dengan membawa Al Quran.
Dia menarik tangan Hafiz ke saf hadapan surau.


Hafiz kehairanan.

Lantas, Fir selak halaman demi halaman sehingga dia ketemu Surah As Soff. Jari telunjuknya dihalakan ke atas lembaran surah itu.

Hafiz akhirnya faham, dan bersuara "Fir, nak abang ajar Fir baca Al Quran ke?"

Fir menggeleng. Salah, bukan itu yang dia mahukan.

"Fir, nak abang bacakan?" soal Hafiz kepadanya.

Soalan itu disambut dengan anggukan tanda setuju.

Selepas itu, Hafiz membacakan surah tersebut di hadapan Fir. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Fir.
Hatinya sejuk mendengar alunan bacaan bertarannum daripada Hafiz.

Tenang.


 

Keesokan harinya, Fir dahulu sampai ke surau pada waktu Subuh. Terkejut Hafiz dibuatnya.
Anak kecil itu memintasnya terlebih dahulu.

Mereka kemudian membentangkan sejadah bersama-sama. Membersihkan halaman surau. Solat di saf pertama, sebelah-menyebelah.
Jemaah lain pun perasan akan keakraban mereka berdua.

Macam abang dengan adik.

Hafiz sangat kagum dengan Fir. Meskipun dia mengidap penyakit minor down syndrome dan minor muscular dystrophy, tetapi
itu tidak menghalangnya untuk terus istiqamah dalam beribadah kepada Allah.

Fiq mampu berfikir, cuma dia tidak berfizikal sempurna. Itu sahaja.
Tetapi dia punya keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Itu sangat istimewa.

Istimewa.

Kadang-kadang, apabila Hafiz dijemput ke rumah berhampiran untuk mengetuai bacaan Yasiin dan tahlil, Fir akan mengikutinya.
Membonceng di belakang Hafiz.

Hafiz umpama mentornya. Selalunya, Hafiz akan mengajarkannya asas-asas fiqh dalam solat dan wudhuk selepas solat Isyak
Kira-kira setengah jam masa diluangkan di surau.

Walaupun Fir lambat belajar, tetapi dia sangat komited. Dia akan menunjukkan bahasa isyarat menggunakan perbuatan sekiranya dia mahukan penjelasan daripada Hafiz.
Hafiz sudah biasa dengan bahasa isyarat itu, sejak perkenalan mereka 2 bulan yang lepas.

Selesai sesi itu, Hafiz akan menghantarnya pulang. Ketibaannya disambut oleh pemandu peribadi bapa Fir, Encik Hamdi. Encik Hamdi pun faham akan persahabatan mereka.

"Assalamualaikum" ucap Hafiz sebelum meninggalkan mereka.

"Waalaikumussalam" jawab Fir dan Encik Hamdi. Fir melambai-lambai tangan.

Motorsikal yang ditunggang Hafiz lama-kelamaan hilang daripada pandangan mereka.

..................................................................................


25 Mei 2011
Masih pelik, tertanya-tanya mana perginya Fir.


Lalu, Hafiz bergegas ke rumah Fir dan dia ternampak Fir termenung di tangga villa milik bapanya.

Fir ternampak Hafiz dari pagar dan dia segera berlari ke arahnya. Namun, mereka dipisahkan dengan pagar berkunci.
Tiba-tiba, keluar bapa Fir, Tan Sri Kamal dengan wajah mencuka.

"Assalamualaikum, Tan Sri." Hafiz memberi salam.

"Buat apa awak datang ke sini? Nak cari anak saya ke?." Balas Tan Sri Kamal, salam Hafiz tidak terjawab.


"Dah!! Mulai hari ini awak jangan ganggu anak saya lagi, ok??" sambung Tan Sri Kamal, dengan nada herdikan.
Mukanya merah, marah.

"Mentang-mentang awak budak surau, awak ingat awak bagus sangat!!"

Hafiz tertunduk. Lalu, Tan Sri Kamal menyentap tangan Fir dan diseretnya masuk ke dalam rumah.
Fir membantah, dia menangis, dia dipaksa.

Hafiz kemudian berkata, "Sekejap, Tan Sri."

"Saya boleh tinggalkan Fir, saya takkan ganggu dia lagi. Tapi dengan satu syarat"

"Izinkan saya sampaikan ucapan terakhir saya kepada Fir, tak lama, lima belas minit. Boleh?"
Hiba nada suara Hafiz, meminta rayu.

"Ok, lima belas minit." Tan Sri setuju. Fir segera berlari mendapatkan Hafiz, tapi mereka dipisahkan dengan pagar berkunci.

"Fir, abang nak pesan ni. Abang harap Fir dengar elok-elok. Semua ilmu yang abang dah ajarkan tolong Fir amalkan.
Ingat fiqh bersuci, solat dan wudhuk yang abang dah ajar. " Hafiz mula meyeka air mata.

"Cuba jaga solat berjemaah, ajak Encik Hamdi jadi imam. Abang yakin, Encik Hamdi boleh imamkan solat jemaah.
Teruskan hasrat dan kuatkan azam untuk istiqamah belajar Al Quran. Fir, andai selepas ini ada orang buli Fir, Fir kena cuba pertahankan diri Fir.
Dan berdoa untuk meminta pertolongan Allah, sebaik-baik pertolongan. "

"Bila Fir dah besar nanti, jadi orang yang baa...ik..dan so...leh...soleh." Hafiz menahan sebak, dia tak sanggup meninggalkan Fir.


Fir sudah teresak-esak dari tadi.




Dilap air mata itu, Hafiz sambung lagi " Abang anggap Fir istimewa. Fir, ingat orang yang mulia di sisi Allah bukanlah
yang kaya, yang punya jawatan tinggi, dan yang pintar. Tapi yang paling mulia itulah orang yang paling bertaqwa.
Ingatlah firman Allah,
"Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal*.
Allah sayang Fir, Allah sayang Fir....."
*Surah Al Hujurat: ayat 49


"Sebelum abang pergi, doakan abang berjaya di UNIMAS nanti. Fir nak dengar Surah As Soff? "

Fir mengangguk.

Dibacakan oleh Hafiz, surah yang menjadi surah kegemaran Fir. Suasana hiba dan syahdu menyelubungi halaman Villa Tan Sri Kamal.
Jiran-jiran sebelah turut keluar untuk memerhatikan apa yang terjadi. Adanya yang menangis. Syahdu alunan ayat suci kalam Allah itu.
Encik Hamdi dan pembantu rumah lain, menahan air mata mereka. Datin Sri Mona juga ada di situ. Dia sudah lama menangis dari tadi.

Masing-masing hiba.

Habis dibacakan ayat-ayat suci itu. Hafiz segera mengucapkan salam selamat tinggal. Fir menangis, dipaksa relakan
pemergian Hafiz.

"Hafiz, sebelum awak pergi. Saya nak beritahu tiga perkara." Ucap Tan Sri Kamal.

Hafiz angguk. Dia cuba menahan air matanya, suaranya sudah tidak mampu keluar lagi.

" Pertama, saya benci sangat dengan orang macam awak."

"Kedua, saya benci benci nak kenal islam ."

Bagaikan dipanah petir, Hafiz tersentak dengan jawapan itu. Jiran-jiran, Encik Hamdi, pembantu-pembantu rumah lain merasai yang sama.
Jawapan itu umpama panah di hati Hafiz.



Dia sedih, kecewa, bercampur-baur.




 

Doanya semoga Allah buka pintu hati Tan Sri Kamal.
Makbulkanlah. Amiiin




"dan yang ketiga..........awak ketahuilah itu semua adalah perasaan saya sebelum ni. Maafkanlah saya sekarang.
Saya sedar saya lemah, tak tahu dan tak pernah solat, apatah lagi solat jemaah. Ambil wudhuk pun saya tak tahu. "




Tan Sri Kamal mula berbicara. " Saya tak pernah imamkan solat berjemaah, walaupun dalam keluarga saya.
Saya malu, saya tak pandai jadi imam. Selama hidup saya 50 tahun, saya tak pernah jejakkan kaki saya di surau untuk solat fadhu."




Air mata makin deras mengalir.

" Selama ini saya rasakan Fir merupakan beban kepada keluarga saya. Saya pernah katakan yang Fir ini bala buat keluarga kami.
Dia cacat, tak mampu jadi orang berjaya. Tak seperti adik-beradiknya yang lain. Doktor, jurutera, dan businessman.
Tapi awak....awak anggap Fir sangat-sangat istimewa. Saya sedar saya anggapan saya salah selama ni. "



"Saya ayah yang jahat, saya ayah yang jahiiil..jahiil.. sanggup....sanggup....kat..kata..anak sendiri boodoh. ..anak sendii..ri bangaan..."


Kata-katanya tersekat, tak mampu disambung lagi. Terlalu sebak.
Tan Sri Kamal melutut dan memeluk erat Fir , tersedar dek kesilapannya yang lama.

Suasana semakin hiba.

Yang memerhatikan semuanya menangis.

"Hafiz, tolong ajarkan saya dan keluarga tentang islam. " Tan Sri Kamal berdiri..

"Saya benarkan awak terus berkawan dengan Fir."

Pintu pagar dibuka.

Akhirnya, dua sahabat itu berpelukan erat.

"Fir, awak istimewa Fir. Allah jadikan awak sangat istimewa."
bisik Hafiz ke telinga Fir.


Semenjak hari itu, bilangan jemaah surau bertambah. Bahkan, kini Tan Sri Kamal selalu solat berjemaah.
Hafiz dijemput ke rumahnya untuk mengajarkannya islam, secara teori dan praktikal.

Keluarga Tan Sri Kamal
mula disuburi dengan sinar islami.

Fir sudah tidak menjadi 'kambing hitam' dalam keluarga itu.
Anak bongsu itu
disayangi dan dikasihi kini.

Mereka sudah menerima tarbiyyah.
Tarbiyyah islam mewarnai di kawasan kejiranan yang dulunya kelabu itu.
.

Alhamdulillah.










Allah ciptakan setiap insan itu istimewa.
Istimewa.
Dan Allah menilai taqwa.

5 comments:

  1. well done!!Nice entry..keep it updated ya..^^

    ReplyDelete
  2. saya doakan haris diberi kelapangan masa
    dan idea yg mencurah2
    utk terus menulis.
    huuuuuu brilliant!
    :))

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. jzkk,,cantik tulisannya..moga allah redha.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.awk punya bakat.ntok myedarkan semua org dgn cara paling halus.hingga x dsedari.hati telahh tersntuhh.

    ReplyDelete

Penyokong Blog ini, saya sayang kalian