Monday, April 4, 2011

Final

Assalamualaikum, berhabuk-bersawang laman ADH ni.
Minta maaf, banyak sangat-sangat-sangat-sangat-sangat
KOMITMEN
yang perlu saya laksanakan,
dalam masa yang singkat ini.

"TANGGUNGJAWAB MELEBIHI MASA"


 

Kali ni, tiada cerpen. Minta maaf banyak. InsyaAllah akan datang, ada dua buah cerpen akan saya 'post'kan.
Saya tak berjanji, cuma memberi sedikit harapan.


Boleh kan?
J

.............................................................................................

'Percintaan dan Jodoh'

Dalam satu usrah, naqibku pernah beritahu
"Salah satu ciri-ciri wanita yang elok untuk dijadikan zaujah,
adalah wanita yang memakai pakaian yang sama untuk berjalan dan solat."

Tak sangka topik 'Percintaan dan Jodoh' diutarakan.
Sahabat yang lain tersenyum.
naqib terus berbicara
Dah tiba masa yang sesuai ujarnya.

Mungkin ini normal bagi manusia.
Ada hati dan perasaan.


Perlunya sayap kiri pejuangan


 


 

Tapi bukan semudah itu hendak menjadi seorang
SUAMI
BAPA
ANAK LELAKI
ANAK MERTUA
SAUDARA LELAKI

yang adil


 

Ilmu ruqyah, pendinding famili daripada ilmu hitam
Musuh Allah bukan sahaja syaitan, tapi manusia yang sesat.
Manusia pendengki
manusia khianat
cukup aku 'anti' dengan sikap manusia sebegini.
Merosakkan kebahagiaan insan lain sesuka hati.

Ilmu keibubapaan, perlu dipelajari,
kerana menguruskan dan mentarbiyyah anak-anak tidaklah semudah yang disangka.
hanya tarbiyyah yang baik dapat mencorakkan kain putih itu,
dengan warna-warna pelangi indah dan corak-corak.

"Pemberian yang paling berharga Mama boleh beri
kepada anak-anak Mama adalah Ilmu bermanfaat
"
(Ibu, 2007)

Ya, ILMU.
Sahabat sekalian,
Berilah bakal anak-anakmu ilmu dan tarbiyyah yang baik.

Dan.....


 

Sekadar bingkisan buat teman-teman sekalian,
jangan terlalu memikirkan dengan siapa anda akan bercinta selepas nikah nanti,

Cukuplah fikirkan mengapa anda perlu bercinta.

Tahu tujuan, maka anda akan faham.
"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)."

(QS Surah An-Nur:26)


 

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerena mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka..."

(QS Surah An-Nisa:34)


 


(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.

(QS Surah Asy-Syuura:11)


 

Tadabbur ayat-ayat di atas dan hayati....
ketika 'single' inilah masa yang terbaik untuk kita bermuhasabah dan beramal.

Kuatkan ruhiyyah.
Biar sempoi, tapi sama-sama kita jaga mutaba'ah amal.

CINTAI-NYA


 


 


 

Siapa dalam hati saya?
Mungkin anda

gurau je..


 


 


 


 

*Minta doakan yang TERBAIK untuk
final exam saya.
ALLAH MEMBANTU KITA BERSAMA

3 comments:

  1. all the best 4 ur final dik..pray 4 me as well ^^

    ReplyDelete
  2. teringat sorang saudara. ada berkata. langkah pertama untuk membina baitulmuslim ialah dengan menyediakan ibu yg solehah buat anak2. lebih kurg cmtu laa.

    oke mcm xde kaitan sgt dgn topik tp ble baca entry ni teringat kata2 tu. >_<

    ReplyDelete

Penyokong Blog ini, saya sayang kalian