Saturday, November 6, 2010

Menangis Tak Berlagu ♪♫♪

Salam Sejahtera Semua, bertemu buat kali keduanya.
Terima kasih kerana sudi menziarahi blog yang tidak seberapa ini.
Semoga sedikit ilmu yang diterjemahkan dalam bentuk bait-bait kata ini, dibaca dan diberi kefahaman oleh Allah Subhanahu Wa Taala

Apa Dalam Hatimu?
Apa Dalam Hatiku?
Apa Dalam Hati Kita?

fikir sejenak, hrm...apa ada dalam hati kita ..


Oh ya!
Selepas menulis manual pada post sebelum ni, saya nak tulis cerita pula.
Sukalah saya nak bawakan satu cerita ni.


KRIIIINGG!!!!


Semua pelajar berpusu-pusu keluar kelas, tamat sesi persekolahan tahun 2007. Pelajar tingkatan 3 lah yang paling gembira sekali. Dah habis PMR kononnya.
Mereka datang sekolah pun sekadar nak jumpa kawan-kawan, main 'board games', borak-borak, itu je aktiviti diorang. Hari terakhir persekolahan tahun tu, memang riuh habis sekolah. Bunyi mercun sini-sana. Para pengawas, guru disiplin puas buat rush nak rampas mercun, dan pelbagai spesis mercun kami jumpa. Hebat! Pelbagai taktik penyembunyian mereka rangka. Disorok di atas kipas, bawah meja guru, dalam pasu bunga. Hebat..hebat. Cuma tak bertempat kehebatan itu, sayangnya.

Mereka sangat seronok. Zahid sebagai pengawas dekat sekolah ni mula pening kepala. hrm..Tahun depan SPM, harap-harap masalah disiplin berkurangan la yeap.


Tampal koyok di kepala.


Balik
Semasa menyarung kasut usai menyempurnakan Zohor di surau, Zahid terdengar suara budak lelaki menangis teresak-esak. "Menahan kesakitan agaknya?" detik hati. Zahid berjalan ke belakang surau, nampak seorang kawan, namanya Afin. Dia yang boleh Zahid anggap sebagai adik. Dia pelajar tingkatan 3. Baru habis PMR.

Kehairanan Zahid, selalunya Afin ceria. Hari ini bagaikan seorang yang kematian ahli keluarga, bagai seorang yang hilang harapan.

"Kenapa ni dik?" Zahid tepuk bahunya perlahan.


"isk..isk..isk.." tak terjawab pertanyaan, Afin terlalu sedih.

Lalu, dia gagahkan hati, buka mulut. Dalam nada teresak-esak penuh kesyahduan.

" Awek saya tinggalkan saya, bang!" ayat itu yang terpancul keluar dari mulutnya.

Zahid faham. 'Ditinggalkan' rupanya. 'Frust' terlampau


Abang nak bagitau ni

Sebelum Zahid mulakan kata-kata, dihulur tisu kepada Afin. Lap hingusmu itu.

Matanya merah. Basah kemejanya dengan air mata. Terlampau sdih hendaknya.
Zahid hampirinya.

"Abang, dia sangat baik, sangat istimewa bagi saya!" matanya menggambarkan kekecewaan yang terbuku, menjelma menjadi genangan air mata

"Tapi sampai hati dia tinggalkan saya!! Dia jumpa 'balak' lain" tangisannya makin kuat.

"Adik, apa yang adik faham dengan istilah 'awek'?" Zahid menyoalnya, nada tenang.

"Orang yang kita sayang, orang yang menyayangi kita" adik tu jawab.
Zahid respon "Kalaulah perempuan itu 'awek' adik, takkan dia sanggup tinggalkan adik bila dia jumpa seseorang yang lebih kacak atau lebih kaya daripada adik?".

"Itu bukan awek adik sebenarnya"

Orang yang betul-betul sayang kita adalah orang yang menerima kita seadanya. Sedar akan kelebihan dan redha serta menerima keburukan kita. Penilaiannya terhadap kita bukan kerana fizikal; kekayaan, darjat, paras rupa dan populariti. Itu semua bukan ukuran kebahagiaan.


Cerita dah tamat.

........................................................


Situasi yang dihadapi oleh Afin merupakan fenomena yang sangat-sangat biasa atau 'cliche' yang dapat kita jumpa.

Menangis dan kecewa kerana ditinggalkan 'kekasih' kononnya. Jadi, ingin saya berpesan kepada diri saya dan kalian tentang Cinta Sebelum Pernikahan dan kewajarannya. Mari kita bincangkan bersama. Insyaallah.

Benarkah 'cinta' ini
Istilah 'awek', 'balak' dan lain2 merujuk kepada orang yang sedang hangat bercinta bagi kita kini. Daripada dan kepada mereka2 inilah, kita menghantar SMS kerinduan dan ada sesetengahnya sanggup mengorbankan waktu tidur tengah malam semata-mata mahu menelefon antara satu sama lain. Melepaskan rindu.

Yang lebih membimbangkan, ada pula yang sudah berani membawa 'awek' serta 'balak' mereka jalan2 bersama, keluar bandar dan jalan berpimpinan tangan. Makan semeja, duduk sebelah menyebelah, berdua-duaan. Erm..romantik kononnya.


Huh!

Wahai lelaki, saya berpesan kepada diri saya dan kawan-kawan yang lain,
kita telah diciptakan oleh Allah sebagai pelindung kepada kaum Hawa.
Seperti firman Allah dalam Al Quran;

"..Lelaki itu pelindung bagi perempuan.."
(Surah An Nisa, ayat 34)


Jikalau kita mudah menurut nafsu serta kemahuan 'darah muda' kita di usia remaja dan mengajak

perempuan yang kita gelar 'kekasih' itu melakukan maksiat. Ini bukanlah bukti cinta suci kita

kepada mereka.

Sedarlah bahawa perbuatan kita sebenarnya bukan melindungi wanita tetapi MEROSAKKAN mereka.

Orang yang benar-benar sayang kita takkan sanggup membawa kita masuk ke dalam neraka.

Sebaliknya orang yang bergelar kekasih inilah yang membimbing kita menuju syurgaNya.

Apabila kita tersalah, mereka lah orang yang akan menegur kita, menasihati dan memberi panduan.

Dan jikalau mereka tersalah, kita tegur kesalahan mereka dan bimbing mereka untuk memperbetul kesalahan.

Mereka yang terus-menerus mengajak kita buat dosa dan maksiat, bukanlah kekasih kita.

Meskipun telah ditegur, mereka masih ingkar juga, dan berterusan mengajak kita kepada dosa.

Mereka ini parasit. Saya ulang, mereka ini PARASIT.


...............................................

Kita sudah maklum dengan fenomena ini;


Pembuangan bayi

Namun, punca kepada penyakit masyarakat ini adalah PENZINAAN. Perkara ini sepatutnya diambil LEBIH SERIUS oleh kita semua. Kerana berlakunya penzinaan lah, anak luar nikah lahir. Kerana meningkatnya perbuatan zina lah, meningkatnya jumlah mereka.

Sayang sekali,ada nyawa yang tak berdosa menjadi korban.

Dicampak ke dalam sungai.

Dibuang ke dalam tong sampah.

Dikambus hidup-hidup.

Dihurungi lalat, dan digigit nyamuk.

Kerana perbuatan ZINA yang DOSA itu, membawa kepada berlaku dosa-dosa yang lain.

Kawan-kawanku, lelaki sekalian, perajurit ummah, pembela wanita, peneraju kepimpinan negara, mari kita renungi firman Allah.

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"
(Surah An Nur ayat 30)


Perempuan mempunyai 'mahkota' kehormatan mereka sendiri, begitu juga kita. Kita juga mempunyai kesucian yang perlu dipelihara. Jangan cemarinya dengan perbuatan yang bisa mengotorkan kesucian itu. Katakanlah kepada hati-hatimu "Sabarlah, Allah akan berikan cinta yang suci yang sejati kepadaku".

Cinta Suci
Berbicara soal cinta yang sejati ; teringat saya sebuah bab mengenai CINTA SEJATI (Bab 131, m/s 552) yang dibincangkan dalam kitab 'La Tahzan' (Jangan Menangis) karangan Dr. Aidh Abdullah Al Qarni.

"Orang yang paling berbahagia adalah orang yang menjadikan cinta Allah sebagai target utamanya, seperti Firman Allah dalam Surah Al Maidah, ayat 54 bermaksud Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah."


...........................................


Konklusi

Maka, kita dapat simpulkan daripada ayat ini bahawa Allah itu cinta sejati kita,

sepanjang hidup kita, bermula dari Luh Mahfuz sampai detik kita sedang membaca 'post' ini,

kasih dan rahmat Allah terhadap kita tidak putus-putus. Jadi, serahkanlah cinta

kepada yang selayaknya sekarang; Allah, Rasul, Ibu bapa, keluarga dan sahabat.

Cinta bakal suami dan bakal isteri itu akan Allah temukan kepada kita satu masa nanti.

Insyaallah.

Usaha yang terbaik kita sekarang ini adalah BERDOA. Jalan kita masih panjang.


mari kita berdoa macam MAHER ZAIN ni. thank you Allah :)

Beri komitmen kepada akademik dan program-program ilmiah di sekeliling kita.

Ikutilah usrah, taklim, halaqah dan sebagainya.

Andai kita benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa/suami dan ibu/isteri, zahirkanlah

hasrat itu dengan cara mengikut syarak. Seperti yang saya tulis dalam post sebelum ini

"Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas.

Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis.

Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.

Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".
"



Lakukan U Turn


Kesilapan bukanlah alasan untuk kita tidak bertaubat. KeampunanNya luas kerna Dia Maha Pengampun dan Maha Menerima Belas Kasihan.

Dalam surah An Nisa ayat 10;
"Barangsiapa yang berbuat dosa atau berbuat zalim terhadap diri sendiri, kemudian memohon keampunan Allah nescaya akan mendapati (mengetahui bahawa) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengampun"


Jikalau bukan sekarang masanya kita nak bertaubat, tanyalah diri kita, "Bila lagi?"

Ayuh kita lakukan 'U Turn'!!


Andai sekarang anda berhubungan 'istimewa' bersama 'bakal-bakal suami' dan 'bakal-bakal isteri' anda, pilihlah jalan persahabatan dahulu. Insyaallah jalan ini lebih diberkati

Peliharalah hubungan anda semoga apabila anda mendirikan rumah tangga nanti, perhubungan itu berkat. Pasangan yang menjaga akhlak dan syarak perhubungan sebelum mereka bernikah, lebih bahagia berbanding pasangan yang sudah bercinta sebelum bernikah.

Pelihara berkat perhubungan itu.

Jika anda sayangi mereka, pilihlah jalan PERSAHABATAN bukan berCOUPLE

Couple itu haram bagi pasangan yang belum bernikah.

............................................................................



Saya tidak mengatakan diri saya sempurna, tapi saya ingin memberi sesuatu yang baik untuk

kita sama-sama hayati. Anda dan saya juga manusia, ada baik dan ada juga lompangnya di mana-mana.

Saling perbetulkan satu sama lain.



P/s: saya akan menulis tentang Bait Muslim untuk post akan datang. Insyaallah~



Comel kan baby nie?

"Agugugu~~":)

6 comments:

Penyokong Blog ini, saya sayang kalian